Thursday, January 30, 2014

[1] on-THERoad


World within
Seeing it. Ain't just sight-seeing.
[Every things done with purpose]

Does the past do connect with the present ?
in someway..?

Al-Hajj 22:46
Al-Mulk 67:15

Its a Journey......




Cave of the seven sleepers.

-diceritakan. pada waktu dulu. semasa pemerintahan Raja Dikyanus yang zalim lagi kejam. terdapat 6 orang pembesar yang menjadi tonggak dalam pentadbirannya.

mereka percaya. bahawa tuhan itu yang Maha Kuasa. yang Maha Esa. bukannya manusia. seperti Dikyanus yang menganggap dirinya berkuasa. keatas segalanya.

Diriwayatkan bahawa. 6 orang pembesar ini. melarikan diri daripada pemerintahan raja yang zalim.

the SEVENth
adalah dia. seorang pengembala. yang turut menyertai mereka. menjadi penunjuk jalan. di sepanjang perjalanan.

ditambah raqim yg dikatakn seekor anjing. milik pengembala itu.

dalam pelarian tersebut.
mereka bersembunyi di dalam gua.
bersembunyi dari para tentera.

lalu. dengan kuasa yang Maha Esa. mereka ditidurkan.
ya. mereka ditidurkan. dan dibangunkan semula. selepas 309 tahun beradu di dalam gua.

+ al- Kahf
untuk smbungn critanya

makam mereka.



MADABA : City of Mosaics

Penempatan terbesar masyarakat kristian di Jordan.

Mereka menganggap ini adalah tempat2 awal perkembangan agama Kristian.

Kenapa dilabel bandar mozek ?







kerana kepentingan mozek itu sendiri dalam melahirkan 'masterpiece' bagi agama kristian sendiri.

sehinggakan pada tahun 1992 'Madaba Mosaic School' dibina.


Masyarakat tempatan percaya.
bahawa ini adalah tempat dimana Nabi Musa dan Bani Israil. tersesat buat 40 tahun lamanya.

antara bukti mengapa Madaba tempatnya : adala kerana wujudnya 12 mata air.

+ al-Maidah (21-26)



Peta Madaba-gereja Kristian
:hanya berkesempatan menjejak 2 lokasi:


St George








Dead Sea

Terletak di sempadan Jordan dengan Tebing Barat

Mempunyai kadar kemasinan yan tertinggi. Maka tiada hidupan mahupun Kapal yang berlayar di atasnya.

1) Kisah Nabi Luth dan penduduk Kota Sodom

Kebanyakan dari kita pernah mendengarnya.

Bagaimana kota itu diterbalikkan. dihancurkan. akibat dari hubungan songsang mereka.

Dulu. Para sahabat. Jika terpaksa melalui tempat yang dilaknat Allah.
Mereka akan melalui dengan pandangan yang tertunduk.

UAI : 'dalam ilmu fardu ain. Fiqh. Makruh menggunakan air dan tanahnya yang DIMURKAI

http://alkisahnabi.blogspot.com/2013/01/kisah-nabi-luth-dan-misteri-laut-mati.html

2) Surah ar-Rum (1-4)

Pada ayat ini. Allah menyatakan bahawa bangsa Rom itu akan bangun dari kekalahan.

kaitan dengan laut mati

Pada ayat ketiga. diberitakan bahawa bangsa Romawi dikalahkan di daerah paling rendah di bumi
(adnal ardhi)

dan wilayah yang dimaksudkan itu adalah dalam kawasan laut mati.

kerana tanah permukaan Laut Mati itu adalah 427 meter bawah paras laut.

Tanah terendah di muka bumi ini.



Lihat tanah pada seberangnya. Tanah Palestin yang dirampas oleh mereka....



'dan bukanlah kita melihat pada tempatnya'

'tapi kita melihat pada ibrahnya'

"Berjalanlah kamu di muka bumi, lalu perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa"
An-Naml (27-69)




Wednesday, January 8, 2014

For you- A, A, F..and them..





I smiled

Bismillahirrahmanirrahim



She's someone I adore.

Yes
________________________________________________________________________________


Tika marah. Dia tenang

Tika sedih. Dia cuba memahami

Tika lemah. Turut sama bagi semangat


Pada sekeliling dia. Semua orang menghargainya. Mengasihinya. Menyayanginya.

Keprihatinannya cukup membuat mereka merasa kuat.

Disebarkan cas-cas positif itu.

Kegembiraannya, kesenangannya adalah dengan membantu mereka yang lain.

-munafi'un lighairih.....-

Manusia itu cukup unik

Lagi didalami. Kita dapat merasakan yang mendalami manusia itu sendiri seakan 'bottomless'

Sejauh mana kita memahami. Sukar untuk sampai pada (a'makihi)..dasar hati itu..

Sukar untuk memahami 'seorang' manusia itu sendiri.

Hairan.


Bila sedih. Seluruh tubuh akan lemah.
Walau dialah dulu supporter bagi yang lain.


Kita semua merasainya
Saat jatuh. bangun. jatuh lagi. bangun lagi. jatuh.....

dan meneruskan episod kehidupan bagi hari yang seterusnya

Dan sesungguhnya pengetahuan manusia itu terbatas.

Benda pada masa hadapan itu sukar diramal.


#sungguh..amat pahit bila melalui ujian..amat pedih..

'dan tiadalah yang lebih memahami dirimu. melainkan kamu sendiri'

bersetuju dengan statement ini ?

sadly, its a no. for me.


:)

-Pada dia yang aku kagumi.

Dia pernah buat aku rasa marah. sedih. geram.
malah gembira. ketawa. 

dan pada manusia itu tiada yang sempurna, bukan ?

saat aku membencinya. kemudian aku tersedar yang aku menyayanginya pada hakikatnya.....


kadang. tertelan dengan emosi. ego sendiri.

bersahabat itu adalah situasi win-win

bukan kalah dan menang.

di saat benci, dengki akan dia. koreksi diri.

nilai atas diri. sebelum mendahului dalam menilai orang.



- mungkin sukar untuk menghadam teks ini. kerana ia dipersembahkan untuk mereka yang pernah merasai..akan sahabat yang pada mulanya tidak sehaluan. sahabat yang menyimpan hasad, pada awalnya. sahabat yang menyembunyikan zhon.. sahabat yang tidak cuba memahami dan merasai..

dan halawatul ukhuwah itu dirasai pada mereka

yang ikhlas dalam bersahabat.


" and it won't ever change if you don't change your own self "









Sunday, January 5, 2014

1st step...




Di sini
Kaki buat pertama kali.
melangkah bumi barakah ini.

Take a deep breath.
Phew...

It was then.
Where I felt the Enthusiasm
of everyone
to learn.
learn
and learn.

Coming here with the same mission, I assume.

Mungkin aku lupa.
Hidupku disini untuk apa.
Malasku disini mendatangkan apa.
Berjayaku disini, gembira buat siapa.
Berjayaku disini buat umat tercinta.

Susah.
Its hard.
Arabic through and through.
I felt my world so small.

'its getting better'....

nope.
its still the same.
since coming here.
still the same.

Astaghfirullah.
to boost up your own SELF.
Its a pain. Tiring.

I remind you this !
one thing you need not to forget.

That you !
not owned by yourself.

What did you expect from this life?
non-eternal duh.

Malas itu adalah bisikan darinya.
Kau kenal siapa dia.
Lagi kau nak berusaha tuk kuat.
Lagi dia menggila nak buat kau rebah.

Kau mahu kalah darinya ?
yang dikutuk oleh yang Maha Esa.

Kau lupa .
Atau kerna kau tak pernah merasa
yang hidup di dunia. Dan diSANA itu tidakkan sama.

Kanan dan kiri.
Syurga dan Neraka.
Which one you choose.Its up to you.
You decide it, sis.

comingtosyam.comingtourdun.thebarakahland.
Ya Allah. keep us strong. give us strength to hold our pain.
Ya Allah..

thabatkan KAMI, wahai tuhan yang Maha Penyayang.


p/s: Pada Bonda. Ibu. Chan. n skalian members of daurah *yang xtau nak bg nickname ape*
:P

Semangat, dears !
semangat untuk menempuh Nihaie

lastly, ilmu ditempatkan pada hati.

proses maklumat. ingat. apply.

tau bhw kita mudah lupa.

sampai bila nak jadi pelupa.?
lupa akan ilmu yg spatutnya menjdi Nur pada hidup kita ?



AKU TIDAK SEMPURNA.

itu kenyataan, bukan ?



I wonder why people look down on others

tease about their weakness

Focusing on HER weakness

Not at HER strength


adakah kerana

kelemahan sendiri tidak dipandang

atau

terasa diri lebih mulia dari

mereka yang lain...

atau

hanya sindrom suka mendiagnosis kesalahan orang ?



sibuk untuk mengail aib orang

sibuk menjaja.menjual.mendagangkan

KELEMAHAN

yang setiap manusia...SETIAP

dari KITA

punya akan ia.


Hai manusia

Hai diri yang lemah.

Wahai, diri yang hina.


sudah terbeban dengan dosa sendiri.

Masih lagi bermurah hati

Membeban dosa manusia yang lain


Wahai .

cermin dirimu sendiri

telah berjuta nikmat yang diberi akan Dia

tapi kau masih tidak berpuas hati

tersepit dalam permainan emosi sendiri...



sukar untuk men'detect' virus ukhuwwah

kerana ia masalah hati

:Kau dekatkan diri pada Pencipta:
:atau Kau jauh dari manusia:


bukankah lebih baik untuk kita sama-sama bekerja kearah yang lebih baik
perSahabatan itu sangat indah
manis
mengasyikkan
pengubat duka dan kesedihan

Jika kita bersahabat keranaNya

unsur ghibah, mencaci, menghina..biasanya berpunca dari ketidak-puashatian
sesama manusia


-pada kebiasaanya, bertutur tanpa berfikir itu akan mengundang pada kebinasaan-
-lidah antara weapon yang tajam-
-sebagaimana pemimpin dunia hari ini bisa menggapai hati manusia dengan hanya bersenjatakan lidah-
-sebagaimana tutur kata mereka yang berfikiran kritikal itu bisa menyentap sanubari- 



jelas. terang. lagi. bersuluh.

AL-Hujuraat


Dan kita telah diperingati. tapi kita yang tidak mengingati.






Thursday, January 2, 2014

Dunia dia

Bismillah


Setiap manusia punya sikap sendiri.
karakteristik tersendiri.

Dia sedar, yang diri dia sendiri sukar untuk menerima perubahan.

perubahan yang kecil sekalipun.

Dulu, dialah yang menjadi sebutan.
Menjadi antara mereka yang memimpin.

Diberi amanah pada khalayak ramai. Siapa yang tak terkhayal akan kelebihan sendiri.

Fikirnya, dia takkan hanyut,
Fikirnya, nikmat dipuja ini akan terus terikat pada tali nasibnya.

Fikirnya, dialah yang betul
Walau terkadang salah. Tapi egonya sesekali tidak merendah.

PERUBAHAN

Lumrah kehidupan.

Menempuh pelbagai benda baru.
Menemui 'mereka' yang baru.

Mereka yang berkali ganda lagi hebat dari 'dia'

Egonya seakan tercalar, dicarik, dirobek..bagai ditelan hidup-hidup

Kenapa A lah yang pandai berkata-kata
Mengapa B lah yang dipilih untuk memimpin
Kenapa C lah yang selalu menjadi pilihan orang sekeliling

Dirinya goyah.
Title yang dipegangnya, sudah lama dilucutkan dari bahunya bertahun yang dulu.

Takkan mampu, mereka yang EGO itu sedar akan kesilapannya.
Takkan bisa dia berbuat sesuatu jika tidak ada pulangan yang kembali padanya.

Hadaf yang lurus menjadi serong.

Ilmu yang tulus pula kian terhapus.

Kau ingin memimpin ?

Sedangkan diri kau sendiri yang tak terpimpin ?

Muliakah dirimu untuk diangkat memegang amanah lain, sedangkan amanah 'besar' yang kau galas sekarang pun membuatkan  ENGKAU tidak menang tangan.

Betullah. Ada juga manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada.

Ada juga mereka yang tidak sedar akan rendahnya darjat seorang HAMBA.

membenci dan terus membenci mereka yang terkehadapan darimu. dengki dan terus mendengki. memang takkan menyelesaikan satu perkara pun. bagai api dalam sekam. Menyusahkan yang lain, malah merosakkan hatimu sendiri.

EGO itu bahaya. Dalam diam 'dia' menyelinap masuk dalam sanubarimu.

Bagai syaitan yang membisikkan kata-kata manis untuk menghasutmu.

Kau tidak sedar. ataupun . Kau sendiri yang tak layan.
Senang cakap, kau tengah 'syok sendiri'
orang lain biasa-biasa je. kau pulak yang nak melebih.


leaflet ~~ (Luqman : 18)

aku, kau, mahupun dia..ada dikalangan kita
boleh jadi 'the-listed' itu aku sendiri.

Astaghfirullah.