Thursday, January 2, 2014

Dunia dia

Bismillah


Setiap manusia punya sikap sendiri.
karakteristik tersendiri.

Dia sedar, yang diri dia sendiri sukar untuk menerima perubahan.

perubahan yang kecil sekalipun.

Dulu, dialah yang menjadi sebutan.
Menjadi antara mereka yang memimpin.

Diberi amanah pada khalayak ramai. Siapa yang tak terkhayal akan kelebihan sendiri.

Fikirnya, dia takkan hanyut,
Fikirnya, nikmat dipuja ini akan terus terikat pada tali nasibnya.

Fikirnya, dialah yang betul
Walau terkadang salah. Tapi egonya sesekali tidak merendah.

PERUBAHAN

Lumrah kehidupan.

Menempuh pelbagai benda baru.
Menemui 'mereka' yang baru.

Mereka yang berkali ganda lagi hebat dari 'dia'

Egonya seakan tercalar, dicarik, dirobek..bagai ditelan hidup-hidup

Kenapa A lah yang pandai berkata-kata
Mengapa B lah yang dipilih untuk memimpin
Kenapa C lah yang selalu menjadi pilihan orang sekeliling

Dirinya goyah.
Title yang dipegangnya, sudah lama dilucutkan dari bahunya bertahun yang dulu.

Takkan mampu, mereka yang EGO itu sedar akan kesilapannya.
Takkan bisa dia berbuat sesuatu jika tidak ada pulangan yang kembali padanya.

Hadaf yang lurus menjadi serong.

Ilmu yang tulus pula kian terhapus.

Kau ingin memimpin ?

Sedangkan diri kau sendiri yang tak terpimpin ?

Muliakah dirimu untuk diangkat memegang amanah lain, sedangkan amanah 'besar' yang kau galas sekarang pun membuatkan  ENGKAU tidak menang tangan.

Betullah. Ada juga manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada.

Ada juga mereka yang tidak sedar akan rendahnya darjat seorang HAMBA.

membenci dan terus membenci mereka yang terkehadapan darimu. dengki dan terus mendengki. memang takkan menyelesaikan satu perkara pun. bagai api dalam sekam. Menyusahkan yang lain, malah merosakkan hatimu sendiri.

EGO itu bahaya. Dalam diam 'dia' menyelinap masuk dalam sanubarimu.

Bagai syaitan yang membisikkan kata-kata manis untuk menghasutmu.

Kau tidak sedar. ataupun . Kau sendiri yang tak layan.
Senang cakap, kau tengah 'syok sendiri'
orang lain biasa-biasa je. kau pulak yang nak melebih.


leaflet ~~ (Luqman : 18)

aku, kau, mahupun dia..ada dikalangan kita
boleh jadi 'the-listed' itu aku sendiri.

Astaghfirullah.

No comments: